Cute Onion Club - Onion Head

Wednesday, 25 April 2012

Assalamualaikum,
Hello hello :D semoga umat islam semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya dapat memperjuangkan agama, bangsa, dan negara insyaALLAH :) Okay, first of all. keputusan matrik and oversea sudah keluar, right? Hoho :D Ada lah jugak beberapa kawan aku yang dapat. Pape pun goodluck untuk you all. Buat keputusan yang terbaik, ''Don't make a dicision without thinking the future, okay'' .. Jangan lupa buat solat istikharah. Ada beberapa kawan aku yang taktahu nak pilih mana. Keputusan UPU pun belum keluar lagi. Korang nak tunggu UPU? Up to you. Ikut kata hati, doa jangan lupa. Jangan risau dan runsing ye :D Status fb, tweet di twitter, mengeluh sana sini. Be strong ok. Aku tau kawan-kawan aku nie semua hebat belaka dalam membuat keputusan yang terbaik, kan kan :) Sekarang masih ada lagi keputusan yang belum keluar, UPU, Maktab, dll. Dalam hidup ni kita ada banyak pilihan, jadi jangan risau kalau korang dah pilih salah satu tempat utk sambung study after ni jangan menyesal ok? Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik utk hamba-hambaNya :)

Woahh, jauh menung. Hihi :P buntu taktau nak pilih yang mana? jangan risau, Tuhan kan ada. Berdoa kpd-Nya. Innallaha ma'ana ^_^

Okay okay, cerita pasal sambung belajar utk STPM pulak. Ada jugak beberapa kawan aku yang dapat. Tahniah korang. Kawan-kawan aku pandai-pandai belaka ye. Hehe. Ada je tawaran korang sana sini. Alhamdulillah rezeki murah kan :) Hmm, STPM? Orhh, cerita pasal ni, teringat Ustaz aku dulu. Kemain lagi semangat promote STPM suruh aku masuk. Tak sangka pulak aku dapat tawaran ni (STPM) :

No. Kad Pengenalan :: 94102014****
Angka Giliran :: BE065A112
Nama :: SITI SAKINAH BINTI AHMAD
Sekolah Asal :: BFT5002 - SAMT KUALA KUBU BHARU
Jurusan :: AGAMA
Sekolah Ditawarkan :: BFT5002 SAMT KUALA KUBU BHARU
Tarikh Mendaftar :: 8 Mei 2012

Aku tak decide lagi mana sambung study mana. Aku nak tau apa yang aku apply sebelum ni dapat ke tidak. UPU and the geng, Hoho :D Byk byk pilihan baru kita boleh pilih mana yang terbaik ^^ Haa, sapa yang taktau nak cek STPM tu, camni. Guna sms korang type MOE T6 dan hantar ke 15888 (RM0.20/sms).. Kalau nak cek melalui online, korang seach www.moe.gov.my ..

=> Sebarang salah dan silap mohon dimaafi ye :D Wallahua'lam :)

No comments: